Wednesday, April 22, 2009

SATU MALAYSIA

Rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan

Bermula dari kebangkitan seorang pemimpin Malaysia dan memegang tampuk pemerintahan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 maka bermulalah satu agenda utama dan teras kepada pemerintahan Dato’ Seri Mohd. Najib Bin Tun Abd. Razak sebagai garis panduan iatu “SATU MALAYSIA” Rakyat didahulukankan, prestasi di utamakan.
Satu Malaysia yang kini menjadi buah mulut disetiap pelusuk Malaysia yang berbagai bangsa dan agama serta tidak ketinggalan menjadi ejekan oleh pihak pembangkang dengan berbagai ejekan dan fitnah serta alasan supaya perjuangan Satu Malaysia tidak dapat diterima oleh rakyat dan menjadi mimpi disiang hari oleh Perdana Menteri ke-6.
Perpaduan dan penyatuan setiap bangsa di seluruh Malaysia yang hidup majmuk selama ini akan terus berkekalan dan menjadi rakyat Malaysia yang bersatu dalam menghadapi berbagai ancaman dari luar mahupun dalam Negara. Sebagai rakyat melayu yang menjadi penduduk asal bertaraf bumiputera di Malaysia tidak akan dipinggirkan dan bangsa-bangsa lain yang juga di iktirafkan sebagai rakyat Malaysia akan diberi hak serta pemerhatian oleh kerajaan tanpa menidakkan hak-hak keistimewaan orang Melayu sebagai penduduk asal Malaysia.
Satu Malaysia bukan perkara baru dalam pentadbiran kerajaan Malaysia bahkan semenjak Kemerdekaan 1957 atau sebelumnya telah ada persefahaman antara kaum bagi tujuan yang satu iaitu mencapai kemerdekaan dan bersama memajukan Malaysia. Kesemua Perdana Menteri Malaysia sebelum ini dan sehingga Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak tetap menerus kan kesinambungan dengan menyatukan antara kaum yang ada di Negara ini supaya hubungan tetap utuh dan padu demi masa depan yang lebih terjamin dan bersama menjaga kedaulatan Negara dari ancaman pihak yang cemburu dengan kemakmuran berbagai kaum di Malaysia, satu-satu cara untuk menjaga dari ancaman tersebut maka gagasan Satu Malaysia menjadi senjata bagi menyatukan kaum di Negara ini.
Negara-Negara lain juga tidak terlepas dari merancang untuk menyatukan kaum di seluruh dunia termasuk menyatukan antara agama yang di anuti supaya tidak menjadi agama atau bangsa sempadan sebagai pemisah hubungan untuk memaju dan memakmurkan sesebuah Negara.
Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan yang ditanggungjawabkan untuk menerajui Malaysia telah mengambil satu pendekatan Sunnah Rasulullah s.a.w kerana tindakan menyatukan hubungan umat Islam dengan bukan umat Islam iaitu Yahudi di Madinah selepas Hijrah Nabi Muhamad s.a.w ke Madinah. Rasulullah telah mengariskan tiga langkah bagi menerajui pemerintahan di Madinah iaitu:
Pertama :Mendirikan sebuah Masjid bagi menyampaikan dakwah dan sebagai tempat pentadbiran Rasulullah.
Kedua :Mewujudkan persefahaman dan mengikat tali persaudaraan antara kaum Muhajirin dan Ansar
Ketiga :Membuat satu perjanjian dengan orang Kafir iatu Yahudi supaya sama-sama mempertahankan Madinah dari ancaman luar.
Daripada tiga langkah yang diambil oleh Rasulullah dapat dikatakan disini bahawa satu Malaysia adalah tidak bersalahan dari sudut agama bahkan inilah yang dituntut dalam agama Islam dan agama-agama lain bagi menjamin kesetabilan politik dan kemakmuran sesebuah Negara.
Piagam Madinah yang telah di gariskan oleh Rasulullah s.a.w pada tahun 662M bersamaan tahun pertama Hijrah menjadi garis panduan dan rujukan bagi membuktikan bahawa apa yang telah di buat oleh Perdana Menteri Malaysia adalah bertepatan dengan piagam Madinah yang telah Berjaya menyatukan umat Islam dan Yahudi bagi memakmurkan Madinah.
Tujuan Piagam Madinah adalah sama dengan tujuan yang ingin di lakukan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak iaitu:
• Menghadapi masyarakat majmuk Madinah
• Membentuk peraturan yang dipatuhi bersama semua penduduk.
• Mewujudkan perdamaian dan melenyapkan permusuhan
• Mewujudkan keamanan di Madinah
• Menentukan hak-hak dan kewajipan Nabi Muhammad dan penduduk setempat.
• Memberikan garis panduan pemulihan kehidupan kaum Muhajirin
• Membentuk Kesatuan Politik dalam mempertahankan Madinah
• Merangka persefahaman dengan penduduk bukan Islam, terutama Yahudi.
• Memberi peruntukan pampasan kepada kaum Muhajirin yang kehilangan harta benda dan keluarga Mekah.
Selain Piagam Madinah juga di kenali dengan nama Perjanjian Madinah, Dustar al-Madinah dan Sahifah Al-Madinah adalah yang telah di perkenalkan sebagai perlembagaan di Madinah oleh junjungan kita Nabi Muhamad s.a.w dan tidak salah bahkan bertepatan di Negara kita Malaysia juga telah di perkenalkan dengan nama Satu Malaysia sebagai jambatan untuk mencapai tujuan yang sama walaupun berlainan disegi sebutan dan perkataan sedangkan tujuan yang paling penting adalah mewujudkan pendamaian, persefahaman, kesetabilan politik bagi menghadapi masyarakat majmuk yang berbilang bangsa, kaum dan agama di Malaysia.

Wednesday, February 25, 2009

HANYA PAK TURUT ?


Sebelum 1998, PAS dilihat sebagai parti alternatif kepada orang Melayu yang tidak menyokong UMNO. Berikutan itu, perjalanan PAS dalam arena politik sentiasa mendapat sokongan sehingga ia menawan kembali Kelantan pada 1990. Pada masa yang sama ia menambah jumlah wakil rakyat di negeri-negeri lain.

Ketika itu PAS dilihat sebagai sebuah parti yang mempunyai prinsip. Ia selari dengan kata-kata Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataan terbarunya: " Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah sebuah parti yang sah berdaftar dan sentiasa mendukung prinsip rukun negara termasuklah prinsip kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Malah dalam sesetengah situasi, PAS akan bersama-sama UMNO dalam mempertahankan kedudukan raja-raja.

Satu ketika, YAB Dato, Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah berkata :" Wakil BN masalahnya seperti yang saya katakan tadi, kita tidak boleh nak halang, sampailah pada peringkat nak buat undang-undang, kita lompat pun tidak boleh. Kami pernah bawa naik ke mahkamah masa di Kelantan dahulu, kes wakil rakyat Semangat 46 masuk UMNO balik tetapi tiada apa-apa kerana memang hak untuk melompat parti adalah terbuka di negara demokrasi."


Jika itulah hujah Nik Abdul Aziz, kenapa sekarang beliau mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan Perak yang ditubuhkan oleh BN adalah "sebuah kerajaan yang haram"?

Adakah kerana wakil rakyat PKR dan DAP menyokong BN maka ia menjadi haram? Tetapi kalau wakil rakyat BN masuk pembangkang sehingga menumbangkan kerajaan BN ia dianggap "kerajaan yang diberkati"?

Apakah kekuatan ini timbul kerana ketua pembangkang yang diketuai oleh Anuar Ibrahim sehingga PAS telah hilang pendirian yang telah didokong selama ini??
 
Load Counter